Wednesday 29 February 2012

Segala-gala nya berkemungkinan, itu lah perasaan saya ketika menulis blog ini. Melihat kepada senario politik yang berlaku sekarang, politik malaysia menjadi begitu complicated. Apa-apa pun boleh terjadi, mungkin kerajaan dapat mengekalkan pemerintahannya dan mungkin juga parti pembangkang akan mengambil alih Putrajaya. Semuanya bergantung kepada pengundi-pengundi yang berdaftar dan layak mengundi. Sekiranya pengundi di malaysia ini belum membuat keputusan yang konkrit untuk memilih kerajaan, maka segala-gala nya berkemungkinan.

PRU 13 hanya beberapa hari sahaja akan di adakan, mungkin sebulan lagi, dua bulan lagi ataupun tiga bulan lagi, kerana walaubagaimana pun ia nya pasti akan di adakan mengikut perlembagaan Malaysia. Tarikh akhir untuk menjalankan Pilihan Raya Umum ke-13 ialah pada tahun 2013 mengikut perlembagaan.

Pihak kerajaan sudah pasti akan memasang strategi supaya segala gala nya mengikut kehendak mereka. Begitu jua lah di pihak pembangkang (PR) sudah tentu juga akan memasang strategi bagi memenangi Pilihanraya ini untuk melangkah ke Putrajaya.

Nasihat saya kepada pembaca2 blog saya yang layak mengundi, nanti buatlah pilihan yang terbaik mungkin, pilihlah kerajaan yang benar2 dapat menjalankan tugas dan amanahnya. Kita sudah tentu tidak akan dapat semua yang kita inginkan , tapi mendapat sebanyak mana mungkin apa yang kita inginkan daripada kerajaan yang bakal memerintah. Jauhi diri dari terpengaruh dan di pengaruhi kerana undi kita sangat2 berharga untuk di gadaikan....

Sekian, selamat berfikir untuk kebaikan kita dan negara yang kita cinta.

Tuesday 28 February 2012

Ini adalah permulaan untuk saya melibatkan diri dalam penulisan blog. Sudah tentu sebagai seorang penulis saya mempunyai sebab2 tertentu mengapa saya menulis. Sasaran saya adalah kepada mereka2 yang melibatkan diri dalam arena politik, saya akan menulis cerita2 mengenai penyelewengan dan salah laku yang di lakukan oleh ahli ahli politik, tidak mengira samaada ahli2 politik tersebut menyokong kerajaan atau pun daripada pihak pembangkang... Nantikan tulisan saya yang "tepatmengenasasaran" bagaikan "SharpShooter".... Selamat membaca...!!