Thursday 1 March 2012

ANTARA AKAL DAN NAFSU SYAHWAT..!!!

Ustad Dr Badrulamin Bahron ahli politik yang paling hangat di Malaysia ketika ini, kerana kisah nya di tangkap berkhalwat olih Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Hotel SWISSGARDEN dengan isteri orang beberapa hari lalu. Perwatakan nya warak dan berilmu, hebat berpidato dan di beri gelaran ustad. Kita mungkin tidak akan percaya dan tertanya-tanya adakah perkara ini betul2 berlaku atau sekadar khabar angin dan berfikiran bahawa beliau mungkin di perangkap olih orang2 politik yang ingin menjatuhkan nya. Keraguan keraguan ini tidak bolih di ketepikan.



Dari sudut lain kita juga pasti akan tertanya tanya mengapa Ustad Dr Badrulamin ini sanggup menerima kehadiran isteri orang ke dalam bilik hotelnya. Tambahan lagi waktu yang di laporkan itu adalah pukul 2 pagi. Sekiranya beliau sentiasa berwaspada dan faham akan kedudukan beliau sebagai orang penting dalam parti PKR, yang sentiasa berfikir untuk menjaga kepentingan diri nya dan parti, sudah tentu beliau tidak akan menerima kehadiran isteri orang kebiliknya dalam keadaan apa pun lah situasi wanita itu.

Apa apa pun sudah terlambat wahai Doktor yang bijaksana, kerana apabila akal kita sudah tidak lagi di gunakan dengan waras, maka syaitan akan mula datang untuk membisikkan segala keenakkan dan kenikmatan yang bakal di rasai sehingga kita boleh tertewas olehnya. Walaupun niat doktor itu baik dan tidak terniat untuk melakukan sebarang perkara2 yang sumbang, apakan daya bisikan syaitan itu telah membawa kepada kemudaratan untuk tuan doktor. 

Kerana kesilapan sendiri, habis semua kisah peribadi doktor ini terungkit sehinggakan isteri2 nya yang lain turut juga terbabit.


Serangan terhadap Ustad Dr Badrulamin semakin rancak olih blogger pro kerajaan, segala vedio ucapan setiap ceramahnya menjadi kupasan dan perbandingan.Setiap ucapan nya yang boleh di pertikaikan telah di bandingkan dengan perangai dan keterlanjurannya. Beliau sebelum ini begitu lantang mengutuk individu2, memberi panggilan "Haramsani" kepada mufti Perak, memanggil Dr Asri bekas mufti Perlis sebagai syaitan yang perlu di hukum pancung dalam sessi2 ceramahnya yang lepas akan menerima pembalasan terhadap keterlanjuran kata2 nya.

Allah itu maha kaya! setiap tuduhan yang tidak benar pasti akan terbongkar dan balasan terhadap kesalahan itu ada yang di bayar tunai. Sangkal lah segala kedangkalan yang anda lakukan itu tapi Allah jua yang maha mengetahui.

Akal dan nafsu anda tertewas wahai Ustad Dr Barulamin Bahron.....